- Iklan -
Berita

Gelombang Omicron telah bermula di Malaysia, kata Khairy

Bagaimanapun, Khairy berkata keadaan itu mampu dikawal dengan kadar vaksinasi yang tinggi dalam negara.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai meluangkan waktu di ibu negara Kuala Lumpur pada malam tahun baru dengan memakai pelitup muka bagi mengelak daripada jangkitan Covid-19.
Orang ramai meluangkan waktu di ibu negara Kuala Lumpur pada malam tahun baru dengan memakai pelitup muka bagi mengelak daripada jangkitan Covid-19.

Gelombang varian Omicron telah bermula di Malaysia dan dijangka meningkatkan kes jangkitan Covid-19 di negara ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata keadaan itu bagaimanapun mampu dikawal dengan kadar vaksinasi yang tinggi.

“Sistem kesihatan sudah bersiap siaga. Kes serius semakin kurang. Sama-Sama kita mengatasi gelombang ini,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di laman Facebook memaklumkan kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan turut meliputi pelaksanaan langkah-langkah kesihatan awam dan liputan ujian kendiri berkala.

“… diharapkan (langkah ini) dapat mengurangkan keparahan kes dan kemasukan ke hospital. Kes akan meningkat dan kita bersama dapat mengurangkan kesan peningkatan serta keparahan jangkitan terutama kepada golongan rentan,” katanya.