Wednesday, May 18, 2022

Demi poligami, Khalid Samad setuju serah banglo, ‘penthouse’ dan kereta kepada isteri pertama

Khalid dan Zaiton membuat penyelesaian secara baik di mahkamah dengan perjanjian persetujuan dibuat bagi memastikan hak isteri dan bakal isterinya ditunaikan.

Other News

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dibenarkan berpoligami oleh Mahkamah Tinggi Syariah semalam selepas beliau bersetuju menunaikan hak kepada isterinya, Zaiton Abu Bakar.

Menurut laporan Utusan Malaysia, hakim Abdul Halim Abdullah membenarkan permohonan Zaiton untuk membuat penyelesaian secara baik dengan suaminya yang juga pengarah komunikasi Amanah.

Menurut peguam Nurfarhana Manaf yang mewakili Zaiton, anak guamnya itu diarahkan untuk berbincang secara baik dengan Khalid bagi memastikan haknya sebagai isteri pertama ditunaikan.

“Kita sudah buat satu perjanjian persetujuan Khalid dengan defendan antaranya adalah nafkah isteri direkod dan diputuskan di hadapan hakim.

“Khalid sebagai plaintif bersetuju hendak memberikan sebuah rumah banglo diduduki mereka sekarang berserta sebuah penthouse yang mana kedua-duanya terletak di Shah Alam ditukar kepada Zaiton,” katanya.

Selain dua buah rumah itu, Khalid turut bersetuju untuk memberikan sebuah Proton X70 dan tambahan elaun iaitu kad kredit kepada Zaiton.

Nafkah bagi bakal isteri kedua Khalid juga turut direkodkan dalam perjanjian penyelesaian antara kedua-dua pihak.

Pada 8 Disember, Zaiton memfailkan pembelaan dan tuntutan balas terhadap permohonan poligami oleh suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah sebelum pendaftar mahkamah Norbyetty Mohd Nasir membenarkannya dan menetapkan sebutan semula pada 20 Disember lalu.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia, Khalid enggan mengulas lanjut mengenai keputusan mahkamah dan menolak hal peribadinya perlu dikaitkan dengan pendiriannya dalam parti.

“Itu benda peribadi, tak perlulah diulas. Isu lain saya boleh ulas, tetapi isu ini adalah hal peribadi saya,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles