Wednesday, May 18, 2022

‘Nusantara’ nama ibu negara baru Indonesia

Presiden Joko Widodo juga sudah mengesahkan nama ibu negara itu yang bakal menggantikan Jakarta.

Other News

Indonesia menamakan ibu negara barunya bagi menggantikan Jakarta sebagai Nusantara di mana pembangunannya akan memakan kos RM134 bilion.

Seorang menteri Indonesia hari ini berkata nama Nusantara itu disahkan oleh Presiden Joko Widodo (Jokowi).

Rancangan untuk memindahkan ibu negara itu keluar dari Jakarta ke Kalimantan Timur diumumkan oleh Widodo pada 2019.

Pemindahan ibu negara itu juga mencerminkan dasar kerajaan Indonesia yang mahu mengalihkan aktiviti ekonomi dari Jawa yang kini terlalu padat dengan populasi penduduk.

Bagaimanapun, pembinaan bandar raya bernilai 466 trilion rupiah (RM134 bilion) itu terjejas akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia, namun ia kini dijadualkan akan siap pada 2024.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles