- Iklan -
Luar Sana

Indonesia mesti berhemat dalam perbelanjaan ketenteraan, kata Jokowi

Negara kepulauan yang mempunyai 270 juta penduduk itu, ekonomi terbesar Asia Tenggara, sedang berusaha untuk memodenkan ketenteraannya tetapi telah ketinggalan dengan rakan serantaunya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota tentera menghadiri majlis perasmian latihan ketenteraan  bersama Asean Solidarity Exercise di pelabuhan Batu Ampar di Pulau Batam, Indonesia, 19 September. Gambar: Reuters
Anggota tentera menghadiri majlis perasmian latihan ketenteraan bersama Asean Solidarity Exercise di pelabuhan Batu Ampar di Pulau Batam, Indonesia, 19 September. Gambar: Reuters

Presiden Indonesia Joko Widodo pada Khamis menekankan kepentingan pemodenan peralatan ketenteraan tetapi dalam pada masa yang sama memberi amaran sebarang perbelanjaan harus dilakukan dengan bijak kerana belanjawan republik itu adalah terhad. 

Negara kepulauan yang mempunyai 270 juta penduduk itu, ekonomi terbesar Asia Tenggara, sedang berusaha untuk memodenkan ketenteraannya tetapi telah ketinggalan dengan rakan serantaunya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

"Perbelanjaan untuk peralatan ketenteraan mesti dilakukan dengan bijak, dari segi jumlah atau peruntukan," kata Joko Widodo yang lebih mesra dengan panggilan Jokowi semasa perarakan angkatan tentera. 

Menteri Pertahanan Prabowo Subianto, calon presiden yang bakal menggantikan Jokowi pada pilihan raya presiden tahun depan, telah mengetuai beberapa siri perolehan sejak akhir-akhir ini, termasuk 42 jet pejuang Dassault Rafale dengan harga AS$8.1 bilion (kira-kira RM38.2 bilion), 12 dron baru dari Turkiye Aeroangkasa bernilai AS$300 juta, dan 12 jet pejuang Mirage 2000-5 bernilai AS$800 juta.

Jokowi pada Julai juga memberi amaran kepada Kabinetnya untuk mengekalkan belanjawan "sihat" sambil menekankan perbelanjaan berlebihan oleh agensi keselamatan, termasuk kementerian pertahanan. 

Sejak sedekad lalu, perbelanjaan pertahanan Indonesia per kapita dan sebagai peratusan keluaran dalam negara kasar adalah yang terendah dalam kalangan enam ekonomi pasaran sedang pesat membangun di Asia Tenggara, menurut data daripada badan pemikir Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (Sipri).