Saturday, May 21, 2022

AS rekod kes harian tertinggi global sebanyak 1.35 juta jangkitan

Kadar kemasukan pesakit ke hospital turut meningkat di AS, menjangkau dua kali ganda dalam tempoh tiga minggu.

Other News

Amerika Syarikat (AS) mencatatkan penularan kes jangkitan Covid-19 mencecah sekurang-kurangnya 1.35 juta semalam, sekali gus menjadikan rekod tertinggi kes baru global ketika kebimbangan terhadap penularan Omicron semakin meningkat.

Kadar tertinggi yang dicatatkan sebelum ini ialah 1.03 juta pada 3 Januari lalu.

Peningkatan mendadak kes Covid-19 di negara itu dipercayai berpunca daripada pertambahan kes yang tidak dilaporkan pada hujung minggu lalu.

Purata kes baru dalam tempoh tujuh hari pula merekodkan lonjakan tiga kali ganda dalam masa 14 hari, mencecah 700,000 kes baru sehari.

Bagaimanapun, angka kes dijangka lebih tinggi kerana tidak semua negeri di AS sudah melaporkan kes jangkitan masing-masing semalam.

Turut mencatatkan peningkatan ialah kadar kemasukan pesakit ke hospital, menjangkau dua kali ganda dalam tempoh tiga minggu.

Berdasarkan perangkaan semasa, lebih 135,604 orang dimasukkan ke hospital berikutan Covid-19, melangkaui rekod terdahulu iaitu 132,051 orang yang dicatatkan pada Januari tahun lalu.

Meskipun varian Omicron mengundang potensi kurang berbahaya, pegawai kesihatan memberi amaran bahawa peningkatan jumlah jangkitan berupaya menambah beban terhadap sistem perkhidmatan hospital, selain penangguhan prosedur pembedahan elektif.

Hal itu kerana petugas di hospital terpaksa memberi tumpuan terhadap rawatan pesakit Covid-19, sekali gus berdepan kekurangan pekerja perubatan.

Lonjakan kes turut merencatkan operasi sekolah yang berdepan kekurangan pegawai, guru dan pemandu bas sekolah.

Chicago membatalkan selama empat hari, selepas daerah berkenaan dan barisan gurunya belum menentukan keputusan untuk menangani isu lonjakan jangkitan.

New York pula menghentikan operasi tiga kereta api bawah tanah, memandangkan sebahagian besar pekerjanya dilaporkan sakit.

Perancangan beberapa syarikat untuk menyambut pekerja kembali ke pejabat turut tertangguh berikutan penularan varian Omicron.

Kadar purata kematian ketika ini adalah sekitar 1,700 sehari, meningkat daripada kira-kira 1,400 kes dalam tempoh beberapa hari lalu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles