Saturday, January 29, 2022

Utusan khas PBB gesa gencatan senjata di Myanmar

Noeleen Heyzer merayu agar akses bantuan kemanusiaan dibenarkan kepada golongan yang sangat memerlukan termasuk mereka yang terpaksa melarikan diri daripada keganasan.

Other News

Semua pihak di Myanmar harus bertenang, mencari penyelesaian secara aman terhadap konflik yang berlaku demi kepentingan rakyat dan mengadakan gencatan senjata Tahun Baru di seluruh negara itu, kata Duta Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar Noeleen Heyzer.

“Rakyat Myanmar sudah sangat menderita dan keadaan sosio-ekonomi dan kemanusiaan bertambah buruk dengan pandemik Covid-19. Mereka yang menyebabkan penderitaan kepada rakyatnya sendiri perlu menggantung senjata mereka dan melindungi orang ramai pada waktu yang sangat diperlukan. Masa depan anak-anak Myanmar bergantung kepada tindakan itu,” kata Heyzer pada Isnin, menurut Sputnik.

Heyzer berkata kenyataannya menyamai gesaan Majlis Keselamatan PBB sebelum ini yang menggesa gencatan senjata berikutan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan keganasan yang berterusan di Kayin dan bahagian lain di Myanmar, sehingga mengakibatkan ratusan ribu orang awam kehilangan tempat tinggal.

Utusan Khas PBB itu juga menyebut beliau menggesa semua pihak di Myanmar untuk bertindak demi kepentingan negara dan menghormati sepenuhnya kewajipan mereka di bawah undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia antarabangsa untuk melindungi orang awam.

Heyzer juga merayu agar akses bantuan kemanusiaan dibenarkan untuk golongan yang sangat memerlukan termasuk mereka yang terpaksa melarikan diri daripada keganasan.

Heyzer, yang memulakan tugasnya awal bulan ini, menegaskan komitmen penuhnya untuk menyokong rakyat Myanmar dan mempromosikan keamanan serta berkata akan terus menumpukan usaha untuk menggerakkan sokongan antarabangsa yang bersepadu untuk mencapai matlamat tersebut.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles