- Iklan -
Berita

Singapura sahkan 24 kes varian Omicron

21 kes import dan tiga kes tempatan varian Omicron dikesan di Singapura setakat ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai memakai pelitup muka di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura bagi mengelak daripada jangkitan Covid-19. Gambar: Reuters
Orang ramai memakai pelitup muka di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura bagi mengelak daripada jangkitan Covid-19. Gambar: Reuters

Kementerian kesihatan Singapura (MOH) mengesan 24 kes Omicron yang disahkan di republik itu setakat Khamis (16 Disember), dengan 21 kes import dan tiga kes tempatan.

“Memandangkan kebolehjangkitannya yang tinggi dan merebak ke banyak bahagian dunia, kita harus menjangkakan untuk menemui lebih banyak kes Omicron di sempadan negara dan juga dalam komuniti kita,” kata MOH dalam satu kenyataan pada Khamis.

MOH berkata ia mengesan satu lagi ujian awal kes Covid-19 tempatan yang positif varian Omicron pada Khamis.

“Kes yang lengkap divaksin itu menunjukkan gejala tidak ketara, dan sedang pulih di wad pengasingan di Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID),” kata kenyataan itu.

MOH mengambil maklum bahawa pihaknya sedang menghalang penularan kes melalui pengesanan kontak.

Dilabel sebagai Kes 276615, ia melibatkan seorang lelaki berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pembantu pemuatan di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dan tidak mempunyai kontak dengan penumpang penerbangan.

Beliau mengalami demam pada 8 Disember dan mendapatkan rawatan perubatan di klinik perubatan awam (GP) dan melakukan ujian Covid-19.

Keputusan ujiannya kembali positif Covid-19 pada hari berikutnya, dan diletakkan dalam program pemulihan rumah.

Disebabkan beliau kemudiannya dikenal pasti sebagai kontak rapat kes sebelumnya, sampelnya diuji untuk varian Omicron pada 16 Disember dan keputusan awal menunjukkan positif.

Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan sedang menjalankan penjujukan genom keseluruhan untuk mengesahkan varian dan pengesanan hubungan sedang dijalankan, kata kenyataan itu.

Singapura melaporkan dua kes Covid-19 varian Omricon import pertama yang disahkan pada 6 Disember. Kedua-dua kes tiba dari Johannesburg menaiki penerbangan Singapore Airlines SQ479 pada 1 Disember.