Thursday, January 20, 2022

Mahkamah Kuching tolak permohonan 3 belia hentikan PRN Sarawak

Mahkamah Tinggi berkata hak mengundi secara automatik itu tidak bermaksud serta-merta.

Other News

Mahkamah Tinggi Kuching hari ini menolak permohonan tiga belia Sarawak untuk menghentikan pilihan raya negeri (PRN) pada 18 Disember dan untuk mengemas kini daftar pemilih sekali gus membolehkan mereka mengundi di bawah pelaksanaan Undi 18.

Pesuruhjaya kehakiman Alexander Siew menolak permohonan undang-undang oleh ketiga-tiga belia itu yang menuntut semakan kehakiman, mengatakan hak automatik untuk mengundi tidak bermaksud secara serta-merta.

“Di bawah peraturan pilihan raya, ada beberapa proses perlu diikuti,” katanya.

“Pendaftar pilihan raya perlu masih perlu memeriksa sama ada seseorang itu layak untuk mengundi. Di bawah pindaan Perlembagaan Persekutuan, tidak ada keperluan untuk memohon, ia adalah secara automatik.”

Pada Rabu lalu, Avril Clarice Chin Ning, 18, Ivan Alexander Ong dan Addam Johanson Jeremy Shayne yang masing-masing berusia 19 tahun, memfailkan permohonan terhadap Pendaftaran Pemilih bagi Sarawak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mereka diwakili peguam Clement Wong, George Lo dan Simon Siah.

Saman itu dimohon susulan pewartaan pelaksanaan Undi 18 pada 15 Disember lalu yang bakal menyaksikan had umur mengundi diturunkan dari 21 kepada 18 tahun.

Sementara itu, PRN Sarawak yang bakal diadakan akan menggunakan daftar pemilih yang dikemaskinikan pada 2 November lalu.

Pengumuman tersebut selari dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada 3 September lalu.

Cadangan pindaan tersebut diluluskan di Parlimen pada Julai 2019. Manakala pewartaan diumumkan Yang di-Pertuan Agong menyatakan 15 Disember sebagai tarikh pindaan Undi 18 dikuatkuasakan.

Pindaan Perlembagaan itu diwartakan pada 25 November lalu.

Bagaimanapun, Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan pada 3 November lalu, sebelum pindaan tersebut diwartakan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles