Saturday, January 22, 2022

Peguam Najib bantah ulasan ‘memalukan negara’ mahkamah

Muhammad Shafee Abdullah kecewa dengan ulasan yang diberikan panel hakim Mahkamah Rayuan.

Other News

Ketua pasukan pembelaan Najib Razak berkata beliau kecewa dengan ulasan yang diberikan panel hakim yang menolak rayuan bekas perdana menteri hari ini, selepas pemindahan RM42 juta dana dari SRC International disifatkan sebagai satu tindakan “yang memalukan negara”.

Muhammad Shafee Abdullah berkata ulasan itu akan menjejaskan persepsi terhadap kliennya.

“Saya fikir ia tidak perlu dilakukan, dan ia boleh menyebabkan persepsi terhadap Najib terjejas teruk, memandangkan keseluruhan sabitan dan hukuman itu ditangguhkan.

“Ia adalah satu perkara yang mengecewakan,” katanya beberapa jam selepas Najib gagal dalam rayuannya untuk mengenepikan tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan RM42 juta dana SRC International yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Ketika menyampaikan penghakiman hari ini, Abdul Karim Abdul Jalil bersama dua lagi hakim Mahkamah Rayuan yang sepakat mengekalkan keputusan bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap Najib, merujuk penghujahan pembelaan semasa perbicaraan bekas perdana menteri itu yang mengatakan beberapa pinjaman berjumlah RM4 bilion dari dana Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kepada SRC telah dibuat di mana wang berjumlah
RM42 juta dimasukkan ke dalam akaun Najib berasal, diluluskan atas nama kepentingan negara.

“Tidak ada kepentingan negara ketika RM42 juta dipindahkan ke dalam akaun Najib, ia hanya memalukan negara,” kata Karim ketika membacakan penghakiman hari ini.

Shafee berkata ketika penghujahan pembelaan mengenai kepetingan negara tidak lagi dilanjutkan, ulasan tersebut sepatutnya tidak perlu dikeluarkan.

Shafee turut berkata wujud beberapa “kesalahan” yang dilakukan hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika mensabitkan kesalahan Najib.

Beliau berkata ia termasuk dapatan panel hakim bahawa arahan bagi pemindahan dana-dana itu dari SRC mempunyai tandatangan yang sah walaupun pihak pendakwaan mendakwa ia dipalsukan.

“Sudah tentu Mahkamah Rayuan, yang fungsinya untuk proses rayuan, mereka berhak untuk membuat penghakiman. Seperti yang anda boleh faham, ketika mahkamah undang-undang buat penetapan, tidak kira walau bersalah.. kita perlu terima, tidak kira betapa sukar pun ia, kita perlu juga keputusan,” kata Shafee.

Dalam ringkasan penghakiman hari ini berkata sesebuah tandatangan sama ada secara cetak ataupun digital atau sama ada diimbas atau disalin cetak adalah diterima dalam amalan perbankan selagi semua penandatangan setuju untuk sesebuah pemindahan menggunakan tandatangan ringkas mereka.

Shafee turut mempertikaikan pengabaian mahkamah terhadap dakwaan Najib yang mengatakan wang yang dimasukkan ke dalam akaun banknya adalah derma Raja Abdullah dari Arab Saudi.

Pembelaan Najib juga turut menyerahkan empat surat yang didakwa ditulis oleh “Putera Arab Saudi Abdulaziz Al Saud” mewakili Raja Abdullah, menunjukkan bekas perdana menteri itu dijanjikan sejumlah derma dari Arab Saudi.

Bagaimanapun, hakim Nazlan menggugurkan dakwaan tersebut, mengatakan ia adalah “satu pemalsuan yang lemah” oleh pembelaan selain turut menyenaraikan 10 masalah yang ada dalam surat-surat yang dikemukakan tersebut.

“Kami juga mendapati hujah pembelaan ia adalah derma dari Arab adalah sukar untuk dipertahankan,” kata Mahkamah Rayuan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles