- Iklan -
Berita

47 lagi korban akibat Covid, jumlah keseluruhan cecah 30,521

Daripada jumlah yang dicatatkan, 12 kes adalah kematian sebelum tiba di hospital.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan memakai PPE lengkap ketika membersihkan kawasan semasa pengebumian mangsa Covid-19 di tanah perkuburan Nirvana, bagi penganut Buddha, Tao dan Kristian di Semenyih. Gambar: AP
Petugas kesihatan memakai PPE lengkap ketika membersihkan kawasan semasa pengebumian mangsa Covid-19 di tanah perkuburan Nirvana, bagi penganut Buddha, Tao dan Kristian di Semenyih. Gambar: AP

47 lagi korban akibat Covid-19 dilaporkan pada 2 Disember, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian dalam negara sebanyak 30,521.

Menurut data Github kementerian kesihatan (KKM), 12 atau 25.5% daripada jumlah itu adalah kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).

Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu sembilan atau 19.1%.

Disusuli Kelantan, Perak dan Sabah dengan masing-masing melaporkan enam kes atau 12.8%.

Pulau Pinang dan Terengganu masing-masing melaporkan lima kematian manakala Kuala Lumpur melaporkan tiga kematian sementara Johor melaporkan dua kematian.

Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak dan Labuan masing-masing melaporkan satu kematian.

Tiada kematian dilaporkan di Pahang, Perlis dan Putrajaya.

Sebanyak 5,806 kes baru direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,644,027.

Setakat semalam, terdapat 62,253 kes aktif Covid-19 dilaporkan dan 7,246 pesakit pulih.