Wednesday, December 8, 2021

Mahkamah Singapura benar penangguhan pelaksanaan hukuman mati kontroversi banduan warga Malaysia

Penangguhan sementara itu bagi memberi laluan kepada rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini berhubung sabitan kes Nagaenthran K Dharmalingam.

Other News

Mahkamah Tinggi Singapura memerintahkan penangguhan pelaksanaan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia yang tidak memiliki keupayaan mental sementara menunggu pendengaran rayuan terhadap keputusan mahkamah sebelum ini, kata peguam hak asasi manusia M Ravi hari ini.

Sebelum ini, Nagaenthran K Dharmalingam yang disabitkan kesalahan menyeludup dadah ke negara itu dijadualkan bakal menjalani hukuman gantung sampai mati pada 10 November ini.

Bagaimanapun, dalam sebuah hantaran Facebook, Ravi berkata penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut hanya diberikan sementara menunggu pendengaran rayuan terhadap keputusan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi terhadap Nagaenthran, yang didiagnosis dan disahkan memiliki kecacatan mental dan IQ rendah.

Nagaenthran turut disahkan memiliki Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif atau ADHD.

Pelaksanaan hukuman yang dijadualkan 10 November ini mencetuskan bantahan daripada pelbagai kumpulan hak asasi manusia dan aktivis yang mengadakan himpunan protes bagi mengingatkan kerajaan Singapura tentang kewajipannya mematuhi perjanjian antarabangsa yang melarang hukuman mati bagi orang kurang upaya (OKU) mental.

Terdahulu, MalaysiaNow turut melaporkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah menulis surat kepada rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsian Loong bagi merayu kelonggaran diberikan kepada Nagaentran.

Perbicaraan hari ini di Singapura adalah percubaan terakhir bagi menyelamatkan nyawa Nagaenthran melalui cabaran perlembagaan berdasarkan dua artikel dalam perlembagaan Singapura di mana ia berkaitan hak untuk hidup, serta kewajipan Singapura menghormati perjanjian yang digariskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang melarang pelaksanaan hukuman mati terhadap OKU mental atau terencat akal.

Ravi yang mewakili Nagaentran berkata pihaknya menuntut tafsiran Artikel 9 dalam perlembagaan Singapura harus dibaca selari dengan tanggungjawab antarabangsa dengan memetik penghakiman pada 2010 mengenai kepentingan negara itu mematuhi perjanjian yang telah ditandatanganinya.

Beliau berkata cabaran itu juga akan menggunakan klausa perlembagaan dalam Artikel 12 mengenai hak kesamarataan dan layanan setara.

Nagaenthran disabitkan kesalahan menyeludup dadah pada 2011 kerana membawa masuk 42.72g diamorfin secara haram dan dijatuhi hukuman mati di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah Singapura, undang-undang kontroversi yang masih dipertahankan pemimpin negara itu sebagai pencegahan berkesan bagi jenayah penyeldudupan dadah.

MENYUSUL LAGI

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles