Tuesday, December 7, 2021

PH akan cabar pembubaran DUN Melaka di mahkamah

PH berkata sijil perakuan segera juga difailkan sebagai sebahagian untuk tindakan berhubung perkara tersebut.

Other News

Pakatan Harapan (PH) hari ini menyuarakan ketidakpuasan hati dengan pengumumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung Pilihan Raya Negeri Melaka, mengatakan akan memfailkan injunksi mahkamah berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri minggu ini.

Dalam sebuah kenyataan, PH berkata sijil perakuan segera juga difailkan sebagai sebahagian untuk tindakan berhubung perkara tersebut.

“PH berpendirian pembubaran DUN Melaka dilakukan berdasarkan nasihat yang salah,” kata kenyataan yang ditandatangani Presiden PKR Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dari DAP, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Upko Wilfred Madius Tangau.

“Yang di-Pertua Melaka seharusnya mengikuti duluan di peringkat Persekutuan di mana Yang di-Pertuan Agong memanggil menghadap blok dipercayai mempunyai sokongan majoriti terlebih dahulu.”

PH turut kekal berpendirian Sulaiman Md Ali sepatutnya tidak dinamakan sebagai ketua menteri “caretaker” memandangkan beliau dengan jelas hilang sokongan majoriti sebelum tindakan pembubaran DUN Melaka berlaku.

“Pakatan Harapan Melaka melalui Adly Zahari akan memfailkan satu injunksi mahkamah berhubung pembubaran DUN Melaka. “

Selain itu, PH juga membidas laporan mendakwa Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh yang berkata hanya mereka yang divaksinasi lengkap dibenarkan mengundi, mengatakan ia mungkin melanggar Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan berhubung kelayakan pemilih.

 


SPR nafi hanya individu lengkap vaksinasi dibenar mengundi PRN Melaka


“Sungguhpun PH menyokong penuh usaha pemberian vaksinasi kepada semua, ia tidak boleh dijadikan alasan tindakan diskriminasi ke atas mereka yang belum lengkap dua dos, dan tindakan menghalang ini berkemungkinan tidak sah dari segi undang-undang.

“PH turut berpandangan waktu ini bukan masa paling sesuai untuk mengadakan pilihan raya negeri, memandangkan penularan wabak Covid-19 baru menunjukkan trend penurunan, sektor-sektor ekonomi baru hendak mula dibuka semula bimbang gelombang ke-4 pandemik.

“Kami turut risau jika PRN diteruskan, prosedur operasi standard (SOP) berkempen yang akan digunapakai mungkin mewujudkan keadaan yang tidak adil atau berat sebelah bagi sesetengah pihak.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles