Sunday, December 5, 2021

SPR nafi hanya individu lengkap vaksinasi dibenar mengundi PRN Melaka

SPR menafikan laporan beberapa portal media yang melaporkan hanya pengundi yang menerima vaksin lengkap dibenarkan mengundi dalam pilihan raya.

Other News

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan hanya pengundi yang lengkap divaksinasi dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya negeri (PRN) yang bakal diadakan di Melaka.

Dalam satu kenyataan, SPR juga berkata prosedur operasi standard (SOP) PRN masih belum dimuktamadkan.

“SOP ini akan berpandukan kepada pandangan dan nasihat dari Majlis Keselamatan Negara (MKN), kementerian kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari semasa ke semasa.” katanya.

Sebelum ini, sekurang-kurangnya dua portal berita melaporkan PRN hanya dibuka untuk pengundi yang telah lengkap divaksinasi.

Ketika dihubungi, sumber SPR memaklumkan kepada MalaysiaNow bahawa laporan itu tidak benar.

“Kami tidak dapat larang pengundi yang layak yang tidak divaksinasi untuk mengundi, kerana ia tidak selari dengan Perlembagaan berikutan kerajaan tidak mewajibkan vaksinasi,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles