Sunday, December 5, 2021

Ahli Parlimen Labuan didakwa guna kedudukan dapatkan kontrak pekerjaan

Rozman mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim Rozina Ayob.

Other News

Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan kontrak pekerjaan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, tiga tahun lepas.

Rozman, 57, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim Rozina Ayob.

Mengikut pertuduhan, Rozman didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu timbalan pengerusi lembaga pelabuhan Labuan, telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd yang bapa dan adik lelaki tertuduh mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, kementerian pengangkutan Malaysia, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya, antara 2.30 petang dan 5.30 petang, 21 Mac 2018.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan tersebut dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles