- Iklan -
Berita

Kes harian Covid-19 Singapura lepasi 3,700

Singapura turut melaporkan 11 kematian akibat Covid-19.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Jalan keluar masuk antara Singapura dan Johor. Singapura menyaksikan peningkatan kes Covid-19 sehingga terpaksa menghentikan seketika pembukaan sektor sosial dan ekonomi. Gambar: AFP.
Jalan keluar masuk antara Singapura dan Johor. Singapura menyaksikan peningkatan kes Covid-19 sehingga terpaksa menghentikan seketika pembukaan sektor sosial dan ekonomi. Gambar: AFP.

Kementerian kesihatan Singapura melaporkan 3,703 kes baru Covid-19 pada Sabtu, tertinggi sejak pandemik melanda negara itu.

Selain itu, Singapura turut melaporkan 11 kematian akibat Covid-19.

Kenaikan kes baru-baru ini selepas kelonggaran beberapa sekatan pergerakan diumumkan kerajaannya menyebabkan Singapura mengambil keputusan untuk menghentikan usaha pembukaan semula sektor-sektor ekonomi dan sosial di negara itu.

Lebih dari 80% populasi negara itu telah menerima vaksin Covid-19.

Singapura turut memperketatkan langkah kesihatan dengan menghadkan pertemuan sosial kepada dua orang dan mewajibkan bekerja dari rumah.