Friday, September 24, 2021

Menteri kewangan cadang naikkan had statutori hutang kepada 65%

Tengku Zafrul Aziz berkata beliau perlu membawa cadangan menaikkan had tersebut ke Parlimen.

Other News

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz akan mencadangkan untuk menaikkan had statutori hutang kepada 65% daripada 60% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada masa ini.

Beliau berkata walaupun nisbah hutang statutori kepada KDNK pada masa ini sebanyak 58%, berdasarkan komitmen yang dibuat oleh kerajaan untuk menyokong rakyat dan perniagaan, nisbah hutang kepada KDNK mungkin akan meningkat kepada melebihi 60% pada akhir tahun.

“Hari ini, kita masih di bawah 60%, (iaitu) sebanyak 58% daripada had statutori hutang kita, dan walaupun jika kita melepasinya, ia adalah kecil, tetapi sekali lagi, kita perlu membawanya ke Parlimen untuk menaikkan had tersebut.

“Pelannya untuk membentangkannya (cadangan itu) kepada Kabinet minggu depan, kemudian kita akan membawanya ke Parlimen pada masa yang sesuai,” katanya pada sidang media hari ini.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles