- Iklan -
Berita

Agong jalankan ‘pengesahan teliti’ terhadap ahli-ahli Parlimen pastikan kestabilan sepanjang pandemik

Istana dilihat cuba memastikan ahli-ahli Parlimen untuk tetap pendirian kali ini dalam usaha Agong melantik kerajaan baru di luar pilihan raya sekali lagi.

MalaysiaNow
2 minit bacaan
Kongsi
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah. Gambar: Facebook
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah. Gambar: Facebook

Yang di-Pertuan Agong sedang menjalankan “pengesahan teliti” berhubung pilihan perdana menteri mereka, termasuk memastikan surat-surat akuan bersumpah yang diserahkan kepada istana semalam ditandatangani tanpa sebarang tekanan, MalaysiaNow difahamkan.

Beberapa sumber rapat mengenai apa yang berlaku di Istana Negara hari ini di mana Agong menemui sendiri 114 ahli Parlimen berkata proses hari ini jelas bagi memastikan mereka kepercayaan penuh terhadap calon yang dipilih bagi menubuhkan kerajaan baru.

“Setiap ahli Parlimen perlu perkenalkan dirinya, nama dan butiran pengenalan.

“Mereka kemudian ditanya sekiranya apa yang mereka tulis dalam surat akuan semalam tidak dilakukan dalam keadaan tertekan dan dibuat dengan kerelaan hati,” kata satu sumber kepada MalaysiaNow.

114 ahli Parlimen terdiri dari Perikatan Nasional (PN), Umno, GPS dan empat ahli bebas dipercayai telah menamakan bekas timbalan perdana menteri Ismail Sabri Yaakob untuk mengetuai kerajaan seterusnya.

Ismail adalah antara pemimpin Umno dan juga turut menganggotai Kabinet yang menolak untuk bergabung dengan ketua partinya, Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak dalam kempen menggesa Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan beliau.

Kaedah pengesahan yang teliti tersebut menggambarkan kebimbangan istana sekiranya kerajaan baru akan ditubuhkan tersebut turut tumbang jika beberapa ahli Parlimen untuk menarik sokongan mereka terhadap kerajaan sekali lagi dan boleh mengakibatkan negara terhimpit dengan kemelut politik kerana kekosongan kuasa di tengah-tengah krisis Covid-19.

Semalam, Istana Negara dalam sebuah kenyataan berkata pemimpin parti politik diperingatkan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk membantu sebarang kerajaan baru yang ditubuhkan dalam usaha membendung pandemik, beliau turut menambah rakyat sudah bosan dengan kemelut politiking yang melanda.

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah turut memberitahu pimpinan parti politik konflik yang berpanjangan akan boleh menggadaikan pemulihan ekonomi negara.

Ini adalah kali kedua Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah terpaksa menjalankan tanggungjawabnya untuk melantik kerajaan baru di luar pilihan raya selepas beliau menduduki tahta Istana Negara pada 2019.

Pada kali pertama, proses serupa turut dijalankan dengan ahli-ahli Parlimen dipanggil ke istana untuk menjelaskan siapakah calon yang dipercayai mereka sebagai perdana menteri.

Muhyiddin akhirnya diputuskan menjadi perdana menteri Malaysia ke-8.

Sumber turut berkata kali ini istana berusaha memastikan ahli Parlimen tetap dengan pendirian mereka dan kerajaan seterusnya tidak lagi tumbang sehingga pilihan raya yang dijadualkan pada 2023.