- Iklan -
Berita

Hanya 4 kes kematian libat individu lengkap divaksin, kata KP kesihatan

80 kematian atau 0.6% hanya menerima satu dos suntikan vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan berpakaian lengkap PPE ketika pengebumian jenazah pesakit Covid-19. Gambar: Bernama
Petugas kesihatan berpakaian lengkap PPE ketika pengebumian jenazah pesakit Covid-19. Gambar: Bernama

Audit data terbaru terhadap jumlah kematian akibat Covid-19 di negara ini menunjukkan hanya empat kematian atau 0.03% membabitkan individu yang telah menerima vaksinasi lengkap, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi ciapan Twitter hari ini, katanya, keseluruhan 12,993 kematian direkodkan sejak penularan pandemik dilaporkan dalam negara dengan 80 kematian atau 0.6% hanya menerima satu dos suntikan vaksin.

Dalam tempoh lebih 24 jam sehingga tengah hari semalam, sebanyak lagi 293 kematian dicatatkan akibat Covid-19, menjadikan keseluruhan 13,077 kematian.