Monday, September 20, 2021

Pembaharuan cukai jalan, lesen memandu boleh dilaksana di pejabat pos mulai 9 Ogos

Janji temu boleh dibuat secara dalam talian melalui ciri Outlet Finder di www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia mulai 8 Ogos.

Other News

Urusan pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu kini boleh dilaksanakan di pejabat pos mulai Isnin depan (9 Ogos) secara janji temu bagi mengelakkan kesesakan.

Pos Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan janji temu boleh dibuat secara dalam talian melalui ciri Outlet Finder di www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia mulai 8 Ogos dengan membuat pilihan negeri, cawangan pejabat pos dan klik pada pautan yang tersedia.

“Setiap pelanggan hanya dibenarkan menempah satu slot janji temu sehari dan menjalankan tidak lebih daripada tiga urus niaga pada setiap janji temu.

“Para pelanggan diminta untuk mematuhi prosedur operasi standard seperti memakai pelitup muka, pemeriksaan suhu, pengimbasan kod MySejahtera dan penjarakan fizikal satu meter ketika mengunjungi premis kami dan elakkan daripada mengunjungi pejabat pos sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala Covid-19,” menurut kenyataan itu.

Untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi menerusi AskPos di www.pos.com.my atau seperti yang tertera di skrin utama aplikasi mudah alih Pos Malaysia.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles