Sunday, July 25, 2021

‘SOP ketat’ untuk sidang Dewan, kata speaker selepas kes Covid-19 di Parlimen

Beberapa kes Covid-19 melibatkan kakitangan Parlimen tidak menjejaskan persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan 26 Julai depan.

Other News

Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun berkata hari ini terdapat beberapa jangkitan Covid-19 dalam kalangan petugas Parlimen dan menambah langkah segera diambil untuk menanganinya.

“Kami sudah mengenalpasti semua kontak rapat mereka di Parlimen dan ujian saringan dilakukan terhadap mereka termasuk mengarahkan mereka menjalani kuarantin,” kata Azhar kepada MalaysiaNow ketika dihubungi.

“Pejabat-pejabat mereka ditutup segera dan dilakukan sanitasi.”

Perkembangan ini berlaku ketika persiapan sedang dilakukan untuk sidang khas selama lima hari Dewan Rakyat bermula 26 Julai depan di mana ahli-ahli Parlimen dijangka akan membahaskan Pelan Pemulihan Negara termasuk meluluskan pindaan yang akan membenarkan Parlimen bersidang secara hibrid.

Azhar bagaimanapun berkata, bukan semua kes yang dilaporkan berasal daripada bangunan Parlimen.

Beliau turut berkata, setakat ini, kes yang dilaporkan tidak menjejaskan sidang yang sudah dirancang.

“Kami sudah bersedia dan akan melaksanakan SOP yang ketat untuk persidangan,” tambahnya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles