- Iklan -
Berita

12% rakyat Selangor lengkap terima 2 dos vaksin

Sebanyak 2.3 juta dos vaksin diberikan kepada rakyat Selangor menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), jumlah tertinggi bagi sesebuah negeri di Malaysia.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Program Outreach Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat Sabak Bernam tertumpu kepada golongan uzur disebabkan penyakit yang dihidapi mereka, kumpulan kesihatan ini bergerak dari rumah ke rumah dengan memberi perkhidmatan suntikan vaksin kepada mereka yang telah berdaftar.

Seramai 12% rakyat Selangor lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 setakat hari ini, kata Menteri Besar Amirudin Shari.

Melalui hantarannya di Twitter, beliau berkata setakat hari ini, sebanyak 2.3 juta dos vaksin diberikan kepada rakyat Selangor menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), jumlah tertinggi bagi sesebuah negeri di Malaysia.

“Saya turut ingin memaklumkan bahawa peratus penggunaan vaksin di Selangor adalah 78 peratus berdasarkan bekalan yang diterima dari Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata baki vaksin berjumlah 618,000 dos diberi janji temu untuk tempoh tujuh hari mengambil kira jumlah vaksinasi harian kini mencecah 115,000.