- Iklan -
Berita

6,658 kes baru dicatat, Selangor rekod lebih 3,000

Selangor catat 3,047 kes sementara Negeri Sembilan sebanyak 699.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang penduduk melihat kawasan sekitar Taman Bukit Angkasa yang dipagari kawat duri apabila kawasan itu dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD). Hampir 50 mukim dan kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor diletakkan di bawah status PKPD.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 6,658 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 772,607.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 3,047 disusuli Negeri Sembilan (699), Kuala Lumpur (616), Johor (414), Sarawak (361), Melaka (345), dan Sabah (322).

Hanya Perlis (2) sahaja yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 5,677 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 700,215.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 66,958.

Dalam pada itu, 892 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 443 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 107 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 5,434.