Saturday, July 31, 2021

‘Saya ditipu Zahid untuk tarik sokongan terhadap PN’, kata Nazri Aziz

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata rancangan itu didalangi presiden Umno.

Other News

Pemimpin veteran Umno, Mohamed Nazri Aziz mendedahkan, tindakannya menarik kembali sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Januari disebabkan “ditipu” oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, tindakannya yang disusuli selepas Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakob menarik kembali sokongan terhadap kerajaan PN merupakan perancangan yang dilakukan Zahid.

“Dia (Zahid) yang merancang lepas tu dia sendiri tak tarik diri, dia tipu kalau tidak kenapa saya nak tarik diri takde sebab. Saya memang rasa saya ditipu,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Benda ini dirancang oleh presiden. Dalam kalangan kumpulan ahli Parlimen ketika itu presiden membuat keputusan kita tarik diri satu demi satu.”

Pada Januari, Nazri yang juga bekas menteri Kabinet sewaktu Barisan Nasional (BN) memerintah mengumumkan menarik kembali sokongan terhadap kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Keputusannya itu diumumkan beberapa jam selepas Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat keselamatan bagi memerangi pandemik Covid-19.

“Atas mandat yang diberikan bahagian saya dan Majlis Tertinggi Umno, maka saya pada hari ini hendak mengumumkan saya Mohamed Nazri Aziz, ketua Umno Padang Rengas merangkap ahli Parlimen BN dengan rasminya menarik sokongan yang diberikan kepada Muhyiddin Yassin.”

Nazri berkata, kini beliau berpendirian untuk mematuhi keputusan yang dibuat Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini untuk kekal bersama kerajaan PN sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Jadi saya ikut parti punya keputusan saya orang parti jadi saya ikutlah,” katanya.

Nazri berkata, pada 2018 beliau menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim semata-mata untuk menyelamatkan Umno daripada diharamkan sekiranya presiden PKR itu menjadi perdana menteri.

“Ketika itu, saya rasa perlu rapat dengan PM akan datang, dan kemudian pujuk dia supaya tidak bubarkan Umno.

“Perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad mahu bubarkan Umno, jadi saya fikir saya perlu buat sesuatu untuk selamatkan Umno,” katanya kepada MalaysiaNow.

Bagaimanapun, selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari 2020, segalanya berubah terutamanya apabila Umno kembali menyertai kerajaan.

“Sekarang saya yakin Umno tak akan dibubarkan, jadi saya tidak perlukan lagi Anwar.”

Nazri mengulangi pengakuannya, menjadi penggerak dalam mengumpulkan tandatangan akuan berkanun (SD) bagi 25 daripada 41 ahli Parlimen Umno supaya Menteri Luar Hishammuddin Hussein dapat menyampaikan hasrat parti itu kepada Agong.

“Saya ambil inisiatif itu kerana saya tahu Zahid and team apabila Agong panggil nak jumpa ketua parti dia akan cakap benda yang tidak dipersetujui oleh kita.

“Saya tahu perangai dia,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles