- Iklan -
Berita

Khairy kecam negara kaya ‘tidak bermoral’ sorok bekalan vaksin dalam forum Bank Dunia

Bank Dunia diharap menyampaikan suara negara membangun berhubung bekalan vaksin sukar diperolehi akibat tindakan negara maju.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. Gambar: Bernama
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. Gambar: Bernama

Khairy Jamaluddin hari ini mengutuk negara-negara maju dalam forum Bank Dunia, menuduh mereka melakukan tindakan “yang sangat tidak bermoral” kerana menyorokkan vaksin Covid-19 yang sangat diperlukan negara-negara membangun.

Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan itu berkata Bank Dunia bertanggungjawab untuk mengatasi masalah tersebut.

“Saya fikir Bank Dunia memiliki tanggungjawab untuk menyampaikan suara negara-negara membangun berhubung tindakan yang saya rasa sangat tidak bermoral – iaitu tindakan menyorokkan vaksin oleh negara-negara maju,” kata Khairy selepas membaca ucapannya dalam perbincangan dalam talian anjuran Bank Dunia yang mengenai laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia.

Beliau berkata, fasiliti Covax yang merupakan inisiatif kumpulan kesihatan global yang disokong Pertubuhan Kesihatan Dunia bagi memastikan vaksin dapat dibekalkan selain menjayakan program imunisasi Covid-19 di negara-negara membangun menjadi sebuah “kegagalan besar” akibat tingkah laku negara-negara kaya yang membolot bekalan vaksin.

“Saya fikir Bank Dunia bertanggungjawab untuk membawa suara yang kuat bagi negara-negara membangun berhubung ekuiti vaksin dalam pentas global bagi mengingatkan negara maju yang kaya bahawa apa yang berlaku sejak beberapa bulan lalu menunjukkan kepimpinan dunia gagal bertindak secara terhormat dan bertanggungjawab,” kata Khairy.

Ulasan beliau dikeluarkan walaupun wakil Kesatuan Eropah (EU) menafikan dakwaan tindakan menyorokkan vaksin oleh negara anggotannya.

Terdahulu, Khairy turut membidas perbandingan beberapa kritikan antara kadar vaksinasi Malaysia dengan negara-negara Eropah, mengatakan kebanyakan vaksin dibuat di negara EU dan tindakan menyimpan bekalan telah menyekat peningkatan segera bekalan vaksin di seluruh dunia termasuk di Jepun.

“Kebanyakan kilang vaksin ini terletak di Eropah. Jadi mereka boleh bolot lebih awal.

“Tindakan mereka juga menyebabkan negara Asia termasuk Jepun yang dikenali sebuah negara yang mahu turut terkebelakang apabila membabitkan vaksinasi berbanding Eropah seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada manakala Amerika Selatan yang menerima bantuan Amerika Syarikat juga mencapai imuniti kelompok lebih awal,” kata Khairy.

Kadar vaksinasi Malaysia meningkat dengan pesat sejak ia bermula pada awal Mac, kadar vaksinasi negara kini antara yang tertinggi di rantau Asean.

Semalam, negara dilaporkan mencatat rekod baru selepas berjaya memberikan vaksin sebanyak 235,623 dos pada 21 Jun.

Wakil EU di Malaysia Michalis Rokas juga turut dilaporkan menolak tuduhan negara anggotanya membolot bekalan vaksin.

“Kesemua permintaan daripada kerajaan Malaysia berhubung pengedaran vaksin ke negara ini diluluskan tanpa sebarang masalah dengan Sekretariat EU,” katanya dipetik sebagai berkata dan turut menambah EU telah meluluskan lima juta dos vaksin untuk dihantar ke Malaysia.

Khairy mengakui derma vaksin dari negara-negara maju yang bakal diterima Malaysia.

“Namun ini tidak menghalalkan apa yang berlaku sejak beberapa bulan lalu, iaitu tindakan cuba menyudutkan pasaran vaksin,” tambahnya.