- Iklan -
Berita

33.2% kanak-kanak lengkap divaksinasi, 48.6% terima dos pertama

Sementara itu, 93.7% populasi remaja lengkap divaksinasi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang kanak-kanak tenang menerima suntikan vaksin Covid-19 di bawah PICKids. Gambar: Bernama
Seorang kanak-kanak tenang menerima suntikan vaksin Covid-19 di bawah PICKids. Gambar: Bernama

Sebanyak 1,180,415 atau 33.2% kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Kanak-kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman sesawang CovidNow, sejumlah 1,728,942 atau 48.6% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,914,722 atau 93.7% telah lengkap divaksin, manakala 3,011,068 atau 96.8% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 16,100,274 atau 68.4% individu dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, sebanyak 22,975,123 atau 97.6% telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,251,598 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 4,666 dos harian diberikan semalam meliputi 563 dos pertama, 2,557 dos kedua dan 1,546 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,947,904.

Sementara itu, Portal Github KKM melaporkan dua kematian akibat Covid-19 semalam dengan masing-masing satu kes di Johor dan Melaka.