Thursday, December 9, 2021

Ikut syor Agong atau undur diri, kata PH

Pemimpin PH berkata jika perdana menteri terus berlengah atau memberi alasan untuk melewatkan sidang Parlimen menunjukkan beliau sudah hilang keyakinan untuk mentadbir.

Other News

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin supaya mengikut syor Agong untuk membuka semula Parlimen atau berundur diri jika enggan melakukannya.

Dalam satu kenyataan pagi ini, PH menjunjung kasih dan menyambut baik kenyataan Agong bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan segera.

“Sekiranya perdana menteri terus berlengah atau memberi alasan untuk melewatkan sidang Parlimen, ia bukan sahaja bermaksud beliau telah mengetepikan pandangan tuanku itu, malah ia memberi gambaran bahawa perdana menteri telah hilang keyakinan untuk terus mentadbir.

“Dan jika perdana menteri tetap bertegas enggan menasihati Tuanku segera, beliau harus mengambil tindakan terhormat dengan mengundurkan diri,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan yang ditandatangani Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong menggesa agar sidang Parlimen diadakan segera bagi membolehkan ordinan darurat dibahaskan, beberapa jam selepas mesyuarat Majlis Raja-raja di Istana Negara.

Kenyataan beliau juga turut dipanjangkan Raja-Raja Melayu dalam kenyataan berasingan menyatakan darurat tidak perlu dilanjutkan selepas 1 Ogos 2021.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles