- Iklan -
Berita

Pakar bimbang kes Covid-19 Indonesia meningkat, cecah lebih 1.9 juta

Program imunisasi di Indonesia masih dilihat perlahan sementara kematian terus meningkat rekod lebih 52,000 korban.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Indonesia catat 9,868 kes baru Covid-19 pada 13 Jun, ia adalah angka tertinggi direkodkan sejak 22 Februari lalu. Gambar: AP
Indonesia catat 9,868 kes baru Covid-19 pada 13 Jun, ia adalah angka tertinggi direkodkan sejak 22 Februari lalu. Gambar: AP

Pakar kesihatan bimbang lonjakan kes Covid-19 di dua pulau paling padat penduduk di Indonesia bakal menyebabkan gelombang baru lebih buruk.

Angka kes meningkat secara mendadak di Jawa dan Sumatera tiga minggu selepas cuti Aidilfitri yang menyaksikan jutaan penduduk Indonesia melakukan perjalanan di rantau itu dengan mengabaikan larangan perjalanan.

Lonjakan kes di Indonesia berlaku ketika varian berbahaya telah menyebabkan kematian di beberapa negara jirannya dan di tempat lain di Asia Tenggara.

Di Kudus, Jawa Tengah, kes meningkat hampir 8,000% menurut Wiku Adisasmito yang merupakan jurucakap pasukan bertindak Covid-19 Indonesia.

Seorang ahli epidemiologi dari Universiti Andalas di Pandang Defriman Djafri berkata kematian di Sumatera Barat pada bulan Mei adalah yang paling tiggi direkodkan setakat ini.

Di Riau, Sumatera, kes meningkat dua kali ganda dari awal April sehingga mencatat lebih dari 800 kes sehari pada pertengahan Mei, kata Wildan pasukan petugas wilayah.

Wildan berkata lonjakan angka kes itu adalah berpunca daripada peningkatan pergerakan selain penularan varian baru Covid-19.

Namun, kesan varian baru sukar ditentukan secara tepat di Indonesia yang memiliki kapasiti penjujukan genom terhad.

Indonesia juga mengalami masalah dalam operasi saringan dan pengesanan kes sementara program imunisasi kebangsaannya masih dilihat perlahan.

Setakat ini hanya satu dari 18 orang disasarkan untuk program inokulasi negara tersebut.

Anggaran tidak rasmi menunjukkan angka kes mungkin jauh lebih tinggi dengan hampir dua juta jangkitan.

Angka tersebut merupakan antara jumlah kes tertinggi di Asia.

Setakat Ahad 9,868 kes baru Covid-19 dicatatkan di Indonesia, ia adalah angka tertinggi direkodkan sejak 22 Februari lalu.

Angka itu menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,911,358.

149 kematian akibat Covid-19 juga direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara itu meningkat sebanyak 52,879.