Saturday, October 16, 2021

Pesuruhjaya kehakiman tarik diri dengar kes saman 1MDB

Kesemua plaintif antara lain mendakwa defendan melakukan pecah amanah, melanggar kewajipan staturori, menyalahgunakan kuasa, berkonspirasi serta menyeleweng dana 1MDB.

Other News

Kes harian Covid-19 lepasi 7,500

3 killed, 7 injured in Bali quake

New cases hover at 7,500

91.4% dewasa lengkap divaksinasi

91.4% of adults fully vaccinated

Seorang lagi Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, menarik diri daripada mendengar kes saman 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan empat entiti lain terhadap 15 individu termasuk bekas perdana menteri, Najib Razak.

Peguam Siva Kumar Kanagasabai dari Tetuan Skrine & Co yang mewakili 1MDB, memaklumkan perkara itu ketika dihubungi media selepas pendengaran permohonan 1MDB secara dalam talian (Zoom) hari ini supaya Adlin Abdul Majid menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.

“Yang Arif Adlin menarik diri daripada mendengar kes ini berikutan beliau adalah rakan kongsi Tetuan Lee Hishamuddin Allen & Gledhill (LHAG) di mana peguam DP Naban dan Rosli Dahlan, sebelum ini merupakan rakan kongsi LHAG dari Januari 2005 hingga Februari 2020.

“Mereka (DP Naban dan Rosli) akan bertindak sebagai peguam dalam kes ini bersama dengan peguam daripada Tetuan Skrine,” kata peguam itu yang turut memaklumkan bahawa kes berkenaan akan didengar di hadapan hakim lain.

Selasa lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Liza Chan Sow Keng menarik diri daripada mendengar kes saman difailkan 1MDB terhadap firma guaman Tetuan Wong & Partners serta kes saman SRC International Sdn Bhd terhadap Najib dan enam lagi.

Pada 7 Mei lepas, 1MDB dan anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited, yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited selaku plaintif memfailkan saman terhadap Najib dan bekas pengarah 1MDB iaitu Che Lodin Wok Kamaruddin, Ismee Ismail, Ong Gim Huat dan Ashvin Jethanand Valiram selaku defendan.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB iaitu Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Mohd Hazem Abdul Rahman serta bekas ketua pegawai kewangan 1MDB Azmi Tahir dan Radhi Mohamad selain bekas pegawai 1MDB iaitu Terence Geh Choh Heng, Jasmine Loo Ai Swan, Casey Tang Keng Chee, Vincent Beng Huat Koh, Kelvin Tan Kay Jin dan Nik Faisal Ariff Kamil.

Menerusi writ saman itu, kesemua plaintif antara lain mendakwa defendan melakukan pecah amanah, melanggar kewajipan staturori, menyalahgunakan kuasa, berkonspirasi serta menyeleweng dana 1MDB.

Di Mahkamah Tinggi berasingan, hakim Ahmad Fairuz Zainol Abidin menetapkan 1 Julai ini untuk pengurusan kes saman SRC International terhadap Najib dan enam lain atas dakwaan melakukan pecah amanah serta melanggar kewajipan statutori berhubung pinjaman Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) berjumlah RM4 bilion kepada SRC.

Pada 10 Mei lepas, kementerian kewangan mengesahkan bahawa 1MDB dan SRC memfailkan sejumlah 22 saman sivil bagi mendapatkan semula aset bernilai lebih RM96.6 bilion termasuk kira-kira RM300 juta daripada pelbagai pihak tempatan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles