Wednesday, October 20, 2021

Malaysia akan panggil duta China berhubung pencerobohan ruang udara

Nota diplomatik kepada China bagi membantah pencerobohan pesawat tentera udara China yang memasuki ruang udara Malaysia juga akan dikeluarkan.. 

Other News

Kementerian luar akan mengeluarkan nota diplomatik kepada kerajaan China bagi membantah pencerobohan pesawat tentera udara China yang memasuki ruang udara Malaysia.

Menteri Luar Hishammuddin Hussein dalam kenyataan malam ini berkata kementerian juga akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk memberi penjelasan berhubung pelanggaran ruang udara dan kedaulatan Malaysia oleh 16 pesawat milik Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF).

“Pendirian Malaysia jelas – mempunyai hubungan diplomatik yang mesra dengan mana-mana negara tidak bermakna kami akan berkompromi dengan keselamatan negara kita. Malaysia tetap teguh mempertahankan maruah dan kedaulatan kita,” katanya.

Hishammuddin juga berkata beliau akan menyampaikan kebimbangan serius Malaysia mengenai perkara itu kepada rakan sejawatnya di China.

Hari ini, Panglima TUDM Jen Ackbal Abdul Samad berkata Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semalam, mengesan 16 pesawat PLAAF memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM), Kota Kinabalu Flight Information Region (FIR) dan menghampiri ruang udara nasional.

Beliau berkata penerbangan mencurigakan pesawat PLAAF itu dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM dari Pusat Pertahanan Udara di Sarawak pada11.53 pagi.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles