Wednesday, October 20, 2021

Pogba, Amad Diallo sertai atlet dunia lain, sokong perjuangan Palestin

Dua bintang Manchester United tunjuk solidariti selepas beberapa pemain dari Leicester, Arsenal dan Liverpool suarakan sokongan terhadap perjuangan Palestin.

Other News

Pemain kelab bola sepak Manchester United, Paul Pogba dan Amad Diallo turut menyertai atlet dunia lain menyatakan sokongan kepada penduduk Palestin dengan mengibarkan bendera negara itu di Old Trafford selepas seri kepada Fulham dalam Liga Perdana Inggeris.

Tamat sahaja perlawanan, Pogba dilihat mengibarkan bendera Palestin bersama pemain berusia 18 tahun Amad Diallo di sekeliling stadium yang menyaksikan peminat kelab itu berkumpul kali pertama sejak pandemik Covid-19.

Kibaran bendera dua pemain itu tular di media sosial susulan beberapa aksi serupa selebriti dan atlet dunia yang menunjukkan solidariti dan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Selain Pogba, pemain Leicester City Wesley Fofana dan Hamza Choudhury juga turut melakukan aksi yang sama selepas memenangi perlawanan menentang Chelsea di Wembley pada Sabtu lalu.

Kibaran bendera Palestin oleh pemain Leicester itu dilakukan selepas Leicester City memenangi Piala FA selepas 137 tahun apabila mengalahkan Chelsea.

Sokongan atlet dan selebriti antarabangsa kepada perjuangan Palestin semakin meningkat selepas serangan Israel terhadap Gaza yang kini meragut ratusan nyawa.

Sebelum ini, pemain Liverpool Mohamed Salah dan pemain Arsenal Mohamed Elneny turut menyatakan sokongan mereka melalui media sosial. Elneny bagaimanapun dilaporkan telah dipanggil kelabnya ekoran hantarannya sokongannya di media sosial.

Setakat ini, lebih 200 nyawa terkorban di Gaza termasuk kanak-kanak sementara 10 maut dilaporkan di pihak Israel.

Pertempuran antara pasukan tentera Israel dan pejuang Palestin kini memasuki minggu kedua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles