- Iklan -
Berita

Selangor, Sarawak dahului kes harian tertinggi hari ini

Malaysia catat 2,847 kes baru hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai membeli makanan di pasar malam selepas PKPB membenarkan ia dibuka.
Orang ramai membeli makanan di pasar malam selepas PKPB membenarkan ia dibuka.

Angka kes baru sebanyak 2,847 hari ini didahului Selangor dan Sarawak sebagai negeri yang mencatat kes harian tertinggi.

Angka kes baru itu menjadikan kes keseluruhan Covid-19 hari ini meningkat sebanyak 387,535 kes.

Selangor mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 748 disusuli Sarawak (717) dan Kelantan (476).

Hanya Labuan (3) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini sementara Perlis tidak mencatatkan sebarang kes.

Negara juga mencatat sebanyak 2,341 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 363,608.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 22,512.

Dalam pada itu, 260 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 125 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 8 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,415 orang.