- Iklan -
Berita

Anwar enggan ulas kenyataan Azmin berhubung audio ‘perbualan telefon’

Anwar dalam nada menyindir berkata bekas timbalannya itu pandai mengenai video dan audio.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Presiden PKR Anwara Ibrahim enggan mengulas panjang mengenai kenyataan bekas timbalannya, Mohamed Azmin Ali berhubung rakaman suara perbualan telefon yang mengandungi suara mirip Anwar dan Ahmad Zahid Hamidi.

“Itu pandangan dia. Pasal video, audio ni dia pandai.” katanya dalam sebuah sidang media mengenai kemasukan agamawan dalam PKR hari ini.

Semalam, bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini secara terbuka mengesahkan sekali gus meyakini rakaman perbualan telefon membincangkan Perhimpunan Agung Umno antara dua individu yang bocor baru-baru ini adalah Anwar dan Zahid.

Dalam rakaman berdurasi empat minit didedahkan MalaysiaNow, suara seakan dua pemimpin parti politik itu didengar saling berterima kasih dan menyatakan rasa senang hati selepas perwakilan-perwakilan Umno bersetuju dengan usul Zahid supaya parti itu memutuskan hubungan dengan gabungan Perikatan Nasional (PN).

Dalam rakaman itu juga, Zahid didengar turut berterima kasih atas sokongan moral Anwar kepadanya.

MalaysiaNow yang menerima rakaman tersebut melalui sumber yang dipercayai boleh mengesahkan suara-suara yang dirakam tersebut adalah tulen milik dua pemimpin parti itu

Kedua-dua pemimpin parti itu juga berkata akan menghantar pegawai masing-masing untuk melaporkan perkara tersebut kepada polis.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador turut dilaporkan berkata mereka berdua akan dipanggil untuk membantu siasatan.