Saturday, May 15, 2021

Darurat Covid-19 mengikut Perlembagaan, kata Azmin

Apabila kerajaan memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, ia juga merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 150 (Proklamasi Darurat), Fasal 1 dan 2.

Other News

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah melangkaui batas Perlembagaan Persekutuan atau bertindak di luar peruntukan undang-undang negara, tegas ketua penerangannya Mohamed Azmin Ali.

Beliau, yang juga ahli Majlis Tertinggi Bersatu, berkata segala tindakan dan keputusan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin dalam mengisytiharkan darurat adalah bertepatan dengan Perlembangaan dan undang-undang negara.

“Apabila kerajaan dan Jemaah Menteri memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, ia juga merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 150 (Proklamasi Darurat), Fasal 1 dan 2.

“Maka apa juga tindakan dan keputusan yang akan diambil, adalah bertepatan dengan Perlembagaan dan undang-undang negara demi kebaikan rakyat serta negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Semarak Malaysia Prihatin dan penyampaian sumbangan sempena Ramadan, di Gombak, dekat Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan media berhubung Pakatan Harapan (PH) akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta perkenan baginda supaya Parlimen bersidang semula.

Perisytiharan daurat berkuat kuasa 11 Jan 2021 hingga 1 Ogos atau lebih awal bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Pada majlis itu, Azmin, yang juga ahli Parlimen Gombak, menyampaikan sumbangan kewangan kepada 106 buah surau dan 22 masjid serta 22 surau tidak berdaftar di bawah kawasan Parlimen itu untuk persiapan menyambut Ramadan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles