- Iklan -
Berita

Kematian akibat Covid-19 di Malaysia cecah 1,300

Kes baru Covid-19 hari ini turut merekod angka 1,300.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Sampel ujian yang diambil akan diuji pada Kit Ujian Rapid (RTK) Antigen.
Sampel ujian yang diambil akan diuji pada Kit Ujian Rapid (RTK) Antigen.

Malaysia mencatatkan 1,300 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 353,329.

Negara juga mencatat sebanyak 1,412 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 337,868

Sarawak hari ini menjadi negeri dengan catatan kes harian tertinggi sebanyak 385 kes.

Jumlah kes harian tertinggi itu disusuli Selangor (242), Kelantan (126) dan Sabah (112).

Hanya Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya, Melaka, Terengganu sahaja yang merekodkan kes harian satu digit hari ini.

Sementara Perlis tidak mencatat sebarang kes hari ini.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 14,161.

Daripada jumlah itu 189 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 88 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 5 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,300 orang.