Thursday, April 22, 2021

Mesir tuntut pampasan dari pemilik kapal Ever Given

Menurut pihak berkuasa Terusan Suez kapten kapal itu akan bertanggungjawab atas kejadian yang menyebabkan laluan terusan itu terhalang.

Other News

Mesir akan menuntut pampasan daripada pemilik kapal kontena Ever Given, yang menyekat laluan Terusan Suez, lapor Sputnik.

“Kami akan menuntut ganti rugi daripada pemilik kapal akibat daripada sekatan kapal itu, termasuk penggunaan kapal tunda, kami akan menuntut kos sepenuhnya,” kata pembantu Presiden Mesir mengenai pembangunan pelabuhan dan Terusan Suez, Mohab Mamish,

Kapten kapal akan bertanggungjawab atas kejadian yang menyebabkan laluan Terusan Suez terhalang.

“Apa yang berlaku adalah tanggungjawab kapten kapal, terusan kita selamat,” kata Mamish.

Kontena seberat 224,000 tan itu tersekat sejak Selasa lalu setelah dibadai angin kencang dan ribut pasir menyebabkan laluan dagangan penting itu terjejas.

Menurut laporan antarabangsa, kejadian tersebut menyebabkan sistem laluan kapal di terusan itu tergendala, dengan sekurang-kurangnya 321 kapal terpaksa menunggu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles