- Iklan -
Luar Sana

2 kapal tangki berlanggar di Terusan Suez

Perlanggaran berlaku di 144 kilometer di terusan itu disebabkan oleh kerosakan teknikal kapal pengangkut LNG BW Lesmes.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Kapal pengangkut gas asli cecair (LNG) BW Lesmes belayar, selepas ia diapungkan semula selepas berlanggar dengan Oil Products Tanker Burri, di laluan air Terusan Suez, Mesir, 23 Ogos. Gambar: Reuters
Kapal pengangkut gas asli cecair (LNG) BW Lesmes belayar, selepas ia diapungkan semula selepas berlanggar dengan Oil Products Tanker Burri, di laluan air Terusan Suez, Mesir, 23 Ogos. Gambar: Reuters

Sebuah kapal tangki BW Lesmes membawa muatan gas asli cecair berlanggar dengan kapal tangki minyak Burri di Terusan Suez, lapor Sputnik.

Perkhidmatan pengesanan Trafik Marin pada Selasa berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu daripada saksi kejadian.

"Insiden yang dilaporkan melibatkan Burri, sebuah kapal tangki pulau Cayman dan kapal tangki LNG BW Lesmes," kata perkhidmatan itu di X (Twitter).

Pengerusi dan Pengarah Urusan Pihak Berkuasa Terusan Suez, Laksamana Ossama Rabiee, berkata pihaknya memerlukan beberapa jam untuk menyambung semula navigasi di Terusan Suez.

"Kami cuba menangani kerosakan yang dialami oleh kapal berkenaan secepat mungkin... dan navigasi akan kembali seperti biasa di kedua-dua arah dalam dalam tempoh beberapa jam lagi," kata Rabiee dalam satu kenyataan.

Perlanggaran berlaku di 144 kilometer (89 batu) di terusan itu disebabkan oleh kerosakan teknikal kapal pengangkut LNG.

Kedua-dua kapal tangki telah berjaya ditunda dari laluan pelayaran.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi