Tuesday, November 30, 2021

Pemilihan Umno jalan terbaik sebelum berdepan PRU15, kata Annuar Musa

Pemilihan Umno perlu diadakan sebelum mandat sedia ada tamat bulan Jun tahun ini.

Other News

Bekas setiausaha agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa hari ini mengatakan pemilihan Umno adalah jalan penyelesaian terbaik kemelut parti itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Hal ini, katanya kerana sebelum Umno berdepan dengan PRU15 yang berkemungkinan diadakan pada tahun ini atau tahun hadapan, mereka yang mahu memimpin parti itu mesti mendapat mandat dan kepercayaan di peringkat akar umbi.

“Katakanlah sekarang (Ahmad) Zahid (Hamidi) mengemukakan satu gagasan untuk bertanding solo, untuk tidak bekerjasama dengan si anu, si anu, si anu.

“Cara terbaik bukan sahaja perwakilan kita yang terdiri daripada pengerusi perhubungan, buat endorsmeent, bagi pada ahli, serah mandat pada ahli. Kalau ahli suka kepada cara begitu, mungkin itu satu jalan (untuk) Zahid dipilih semula.

“Itulah jalan keluar kepada kemelut sok sek, sok sek yang berbunyi sekarang ini. Itu semua akan selesai,” katanya dalam satu temubual dalam talian hari ini.

Menurut ahli Parlimen Ketereh itu, pemilihan Umno perlu diadakan sebelum mandat sedia ada tamat bulan Jun tahun ini.

“Kalau cawangan-cawangan nak menangguhkan kepada tempoh tertentu, cadangan itu mesti datang dari MKT (Majlis Kerja Tertinggi) dan cadangan MKT menangguhkan (pemilihan) mesti mempunyai sebab yang diterima dan diluluskan RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan).

“Pada fikiran saya setakat ini kita tidak ada satu sebab pun untuk menangguhkan (pemilihan),” katanya.

Dalam pada itu, Annuar turut memohon maaf kepada PAS di atas kenyataan bertali arus para pemimpin Umno yang dilihat boleh mengguris hati parti itu.

“Bila kita jemput kawan-kawan parti komponen dan parti sahabat, seperti kita jemput Abdul Hadi Awang dan sebagainya kemudian dalam ucapan pemimpin utama atau nantinya ucapan dari perwakilan yang boleh (buatkan) tersinggung, kecil hati, luka hati, jauh hati, sakit hati parti-parti sahabat dan parti komponen,” tambahnya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles