- Iklan -
Berita

Ku Li gesa menteri Umno letak jawatan hari ini

Peletakan jawatan itu dijangka selepas usul Umno berhenti menyokong Perikatan Nasional disokong 147 bahagian.

Fazreen Kamal
2 minit bacaan
Kongsi
Tengku Razaleigh Hamzah berjalan keluar selepas mendengar ucapan dasar Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.
Tengku Razaleigh Hamzah berjalan keluar selepas mendengar ucapan dasar Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Perhimpunan Agung Umno dijangka akan mengusulkan gesaan terhadap ahli-ahli partinya yang memegang jawatan Kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk meletak jawatan

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata mereka harus meletakkan jawatan hari ini sekali gus memberikan mesej kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa beliau tidak lagi memiliki majoriti untuk menjadi kerajaan.

“Bagaimana dia (PN) boleh terus berkata dia memiliki majoriti sedangkan ketika orang kita akan menarik diri.

“Selama ini dia mendapat sokongan kita dan sekiranya orang kita tarik diri jika mereka dengar ucapan presiden tadi pidato sebentar tadi dalam panggilan balas oleh 147 bahagian yang meminta untuk menarik sokongan anda dan berhenti menyokong kepemimpinan PN jadi saya rasa mereka akan runtuh,” kata Ku Li kepada pemberita hari ini.

Difahamkan usul tersebut akan dibentangkan dalam sidang perhimpunan hari ini bagi menggesa menteri-menteri Umno untuk letak jawatan dari Kabinet.

Menurutnya, menteri-menteri Umno perlu meletak jawatan menteri, timbalan menteri, pengerusi GLC lantikan PN kerana parti itu tidak ada kena mengena lagi dengan PN

“Mereka sepatutnya menarik diri sekiranya mengikuti keputusan parti. Inilah ketetapan yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung Umno hari ini.”

Dalam ucapannya hari ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan untuk memutuskan hubungan dengan kerajaan PN mencerminkan sentimen-sentimen akar umbi di samping turut mengulang tuduhan bahawa Bersatu mengetepikan Umno dalam pentadbiran.

Keputusan tersebut dibuat pada bulan Februari lalu ketika mesyuarat majlis kerja tertinggi (MKT) parti.

Zahid dilihat berusaha untuk mendapatkan sokongan mandat daripada perwakilan dalam perhimpunan agung kali ini.

Namun pimpinan parti itu berkata Umno akan kekal bersama kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan bagi pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ku Li adalah antara pemimpin Umno yang membantah parti itu bekerjasama dengan Bersatu yang diketuai Muhyiddin.

Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak adalah pemimpin Umno yang mempromosi pandangan tersebut selain turut memulakan usaha untuk kerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Zahid dan Najib turut menyokong Anwar sebagai perdana menteri dalam sebuah surat kepada Istana Negara pada Oktober tahun lalu.

Dalam pentadbiran PN, Umno diberikan beberapa kerusi menteri termasuk Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang ketika ini menjadi penyelaras dalam program imunisasi Covid-19 peringkat kebangsaan.

Walaupun ahli-ahli Umno meletakkan jawatan mereka dari Kabinet, MalaysiaNow difahamkan pentadbiran Muhyiddin tidak terjejas susulan perintah darurat masih berkuatkuasa.