- Iklan -
Berita

Pekerja kontak rapat kini boleh bekerja dengan protokol Safe@Work

Putrajaya mahu memastikan industri-industri dalam negara dapat bertahan ketika pandemik.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pekerja kilang sarung tangan getah di Malaysia. Gambar: AP
Pekerja kilang sarung tangan getah di Malaysia. Gambar: AP

Mereka yang menjadi kontak rapat Covid-19 dan diminta jalani kuarantin kini boleh ke tempat kerja di bawah rancangan Putrajaya yang mahu memastikan industri-industri dalam negara dapat bertahan ketika pandemik.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Mohamed Azmin Ali berkata rancangan itu adalah sebahagian daripada inisiatif Safe@Work kementeriannya yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Safe@Work akan membolehkan pekerja-pekerja kontak rapat untuk terus bekerja dalam situasi protokol baru yang dinamakan Safe Work Bubble selain dapat mengimbangi kelangsungan operasi sektor perkilangan dengan pengawalan penularan pandemik di kalangan pekerja

Beliau turut menyenaraikan beberapa aspek bagi inisiatif Safe@Work berjalan dengan berkesan termasuk penubuhan pasukan kecemasan Covid-19 oleh pihak syarikat , sanitasi berkala premis, dan memastikan penginapan selesa bagi pekerja.

“Inisiatif ini berupaya mengelakkan gangguan operasi syarikat dan mengurangkan impak terhadap produktiviti apabila terdapat kes positif Covid-19 di premis perniagaan,” katanya di samping turut menambah ia dirangka dengan mengambil nasihat kementerian kesihatan, dewan perniagaan, persekutuan serta persatuan pengilang di Malaysia.

Syarikat juga boleh membuat pendaftaran di Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) mulai 1 April 2021.

Kerajaan turut mengumumkan insentif seperti pengecualian cukai bagi sektor pengilangan dan perkhidmatan bagi perbelanjaan tempat penginapan pekerja dengan nilai maksimum RM50,000.

Penambahan potongan cukai itu juga turut meliputi kelengkapan seperti CCTV, alat pengesan dan alat-alat lain yang selaras dengan SOP.