- Iklan -
Berita

AS, India bakal meterai kerjasama pemulihan Asia pasca Covid-19

Kedua-dua negara itu juga sepakat untuk memajukan agenda iklim global.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
India dan Amerika Syarikat bersetuju untuk melakukan kerjasama bagi menangani kesan Covid-19.
India dan Amerika Syarikat bersetuju untuk melakukan kerjasama bagi menangani kesan Covid-19.

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Janet Yellen dan Menteri Kewangan India Nirmala Sitharaman bersetuju untuk mengadakan kerjasama rapat dalam pemulihan ekonomi global pasca-Covid-19, lapor Sputnik.

“Awal hari ini, Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen bercakap dengan Menteri Kewangan India Nirmala Sitharaman.

“India rakan penting di Asia dan Yellen berhasrat bekerjasama rapat untuk menyokong pemulihan global yang kukuh selepas pandemik Covid-19 (dan) memerangi ketaksamaan,” demikian menurut kenyataan Jabatan Perbendaharaan pada Isnin.

Kedua-dua negara itu juga sepakat untuk memajukan agenda iklim global.