Tuesday, February 23, 2021

Saksi nafi gelaran Datuk yang diterima berkait kes 1MDB

Nor Salwani Muhammad, 54,  memberitahu pingat yang diterimanya pada 1 Februari 2020 adalah kerana beliau telah berkhidmat selama 30 tahun di kementerian wilayah persekutuan.

Other News

Kelonggaran rentas daerah, negeri hantar anak ke sekolah dibincang esok

Keputusan perbincangan itu akan diumumkan Khamis ini dengan mengambil kira sekolah bakal dibuka secara berperingkat bermula 1 Mac.

Saksi nafi gelaran Datuk yang diterima berkait kes 1MDB

Nor Salwani Muhammad, 54,  memberitahu pingat yang diterimanya pada 1 Februari 2020 adalah kerana beliau telah berkhidmat selama 30 tahun di kementerian wilayah persekutuan.

Over 1,000 Myanmar nationals deported despite court order

Immigration chief Khairul Dzaimee Daud says 1,086 migrants have been sent back on three Myanmar navy ships.

Hong Kong to disqualify disloyal politicians, officials

A list of offences includes acts that endanger national security, advocating for independence or refusing to accept China's sovereignty over Hong Kong.

14 lagi kematian baru, 4,055 dilaporkan pulih

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 30,475.

Seorang saksi dalam perbicaraan kes Najib Razak berkaitan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menafikan pingat Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk yang diterimanya tahun lepas adalah kerana beliau mempunyai bukti dalam kes itu.

Pengarah Sektor Audit Tadbir Urus Jabatan Audit Negara Nor Salwani Muhammad, 54,  memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa pingat yang diterimanya pada 1 Februari 2020 adalah kerana beliau telah berkhidmat selama 30 tahun di kementerian wilayah persekutuan (KWP).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah, pada perbicaraan kes bekas perdana menteri itu dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, yang berdepan pertuduhan meminda laporan audit 1MDB di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Nor Salwani pada 2019 menarik perhatian negara apabila mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau membuat rakaman audio berdurasi dua jam 45 minit pada mesyuarat 24 Februari 2016 dengan menyorokkan alat rakaman di dalam sebuah kotak pensil.

Terdahulu, saksi pendakwaan kelima itu diminta membaca laporan akhbar tempatan bertarikh 1 Februari 2020 bertajuk ‘Tahniah Nor Salwani.’

Laporan itu antara lain menyebut pada 2016, Nor Salwani secara rahsia menyimpan satu daripada 60 salinan laporan asal 1MDB selepas diarahkan berbuat demikian kerana hanya salinan yang telah dipinda akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Laporan itu turut memetik kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad (ketika itu) yang berkata penganugerahan tersebut juga sebagai manifestasi kementeriannya yang tegas menolak sebarang unsur rasuah dan salah guna kuasa oleh mana-mana pihak.

Ketika disoal balas Muhammad Shafee, saksi itu sekali lagi menegaskan gelaran Datuk yang diterima bukanlah kerana menyimpan bukti laporan 1MDB dipinda tetapi kerana pencalonannya telah dihantar oleh Jabatan Audit Negara dan KWP sebelum beliau memberi keterangan di mahkamah.

Pada peringkat ini, Mohamed Zaini mencelah dan menasihati Muhammad Shafee agar tidak menyoal terlalu mendalam berhubung isu itu.

Menjawab soalan mengenai pandangannya berhubung kenyataan menteri itu dalam laporan akhbar tersebut, Nor Salwani berkata beliau menghormati pandangan Khalid.

“Bagaimanapun, apa yang berlaku ialah pencalonan dibuat ketika saya merupakan ketua unit oleh pengurusan tertinggi KWP. Saya juga terlibat dalam penubuhan KWP,” katanya.

Nor Salwani berkata beliau tidak sekali-kali berniat untuk “menyorok” atau melakukan sesuatu yang di luar etika atau luar kebiasaan apabila meletakkan perakam ketika mesyuarat itu berlangsung.

Muhammad Shafee: Adakah Datuk meminta kebenaran atau memberitahu Ketua Setiausaha Negara (ketika itu) Tan Sri Dr Ali Hamsa dan bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang bahawa kamu hendak merakam percakapan? Ada membuat permohonan?

Nor Salwani: Saya berusaha bercakap dengan Puan Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, wakil Jabatan Audit Negara, tetapi beliau sibuk bercakap dengan Tan Sri Ambrin. Dalam keadaan tergesa-gesa, saya pun meletakkan alat perakam itu di dalam kotak pensil. Saya tidak sekali-kali berniat untuk “menyorok” atau melakukan sesuatu yang di luar etika atau luar kebiasaan.

Terdahulu, Muhammad Shafee memohon agar perbicaraan pada esok dan Rabu ditangguhkan kerana beliau perlu membuat persediaan untuk kes Najib membabitkan SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Rayuan.

Perbicaraan kes itu ditetapkan hari ini hingga Rabu.

Permohonan Muhammad Shafee tidak dibantah oleh pendakwaan yang diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram.

Mohamed Zaini membenarkan permohonan itu dan menetapkan 11 Ogos untuk menyambung pendengaran dalam kes 1MDB.

Najib, 67, yang merupakan ahli Parlimen Pekan, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan ke atas laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentang kepada PAC bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadap beliau manakala Arul Kanda didakwa bersubahat dengan bekas perdana menteri itu dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Najib daripada dikenakan tindakan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang milik Umno Johor

Pihak pendakwaan hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk melucut hak wang berjumlah RM677,872.55.

Jangan hanya sokong mahkamah ketika keputusan berpihak kepada kita

Janganlah apabila sesuatu penghakiman itu tidak mengikut selera kita, kita kata mahkamah tidak adil.

DAP, PKR derma RM80,000 kepada Malaysiakini

Portal Malaysiakini didenda RM500,000 oleh Mahkamah Persekutuan hari ini selepas didapati bersalah kerana menghina mahkamah.

Sebutan semula kes rasuah Guan Eng, isteri 28 Mei ini

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid menetapkan tarikh itu bagi membolehkan peguam Guan Eng dan isteri meneliti dokumen setebal lebih 1,000 muka surat.

Pemandu lori didakwa bunuh anak tiri

Abu Hassan Darus, 30, yang bekerja sebagai pemandu lori simen hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tan Chai Wei.