Wednesday, March 3, 2021

Guna laluan alternatif elak kesesakan Jambatan Pulau Pinang, kata PLUS 

PLUS beri jaminan jambatan selamat digunakan dan pengguna tidak perlu panik atau bimbang.

Other News

Court throws out bid by ex-Umno members to dissolve party

Federal Court bench says the relief sought by the former members is academic as the party has completed its elections at all levels.

TNB gives checklist of suspects behind high electricity bills

Air conditioners aren't the only ones.

Come clean on decision to dump Bersatu in GE15, Annuar Musa tells Umno leaders

The party's former secretary-general says members have the right to be informed of any such move ahead of the general election.

Menteri perjelaskan mengapa Parlimen tidak boleh bersidang

Separuh daripada ahli Parlimen berada dalam kumpulan berisiko tinggi kerana berumur lebih 60 tahun.

Zahid Hamidi digesa jelaskan pendirian sebenar Umno berhubung Bersatu

Annuar Musa gesa Zahid jelaskan butiran surat kepada presiden Bersatu pada Februari lalu.

Pihak pengurusan Jambatan Pulau Pinang, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memberi saranan agar pengguna menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sebagai laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang akibat penutupan lorong disebabkan kebakaran kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berlaku pada pada kilometer 3.2 jambatan pada pukul 7.30 malam semalam.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan sewaktu kejadian tersebut berlaku dan PLUS bersama TNB dan Jabatan Bomba & Penyelamat (JBPM)  termasuk polis akan melakukan siasatan.

“Lorong kanan di kedua-dua arah lokasi kebakaran tersebut kini ditutup selama beberapa hari untuk membolehkan siasatan lanjut dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan.

“PLUS menjamin keseluruhan struktur jambatan masih kukuh dan selamat digunakan oleh ramai ekoran kejadian kebakaran yang berlaku semalam.”

Dilaporkan selepas kebakaran yang berlaku semalam, kejadian sama berulang lagi apabila JBPM Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.17 pagi tadi.

Pasukan anggota dari Balai Bomba & Penyelamat (BBP) Perai, Bandar Perda dengan bantuan BBP Paya Terubong ke lokasi bagi memadam kebakaran manakala tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan.

Dalam pada itu PLUS akan mengemaskini keadaan trafik dari semasa ke semasa menerusi laman media sosial rasmi mereka selain menyarankan pengguna memuat turun aplikasi PLUS bagi maklumat lanjut.

Kejadian kebakaran kabel elektrik itu bukan pertama kali berlaku kerana pada September 2010, insiden sama terjadi apabila tiga kabel kuasa tinggi terbakar di Jambatan Pulau Pinang sehingga mengakibatkan gangguan elektrik di kawasan pulau terutamanya di Bayan Lepas.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Kerajaan belum putuskan lanjutan tempoh konsesi PLUS

Perjanjian PLUS sedang diteliti kerana membabitkan isu tol dan banyak perkara sensitif perlu dipertimbangkan.

9 sekatan jalan raya di laluan kritikal Lebuhraya Plus

Orang ramai yang tidak mempunyai urusan dinasihatkan untuk duduk di rumah bagi memutuskan rantaian Covid-19.