Monday, February 22, 2021

Prosiding taksiran ganti rugi saman fitnah Guan Eng 14 April ini

Saman itu difailkan Lim berhubung penerbitan artikel membabitkan dakwaan rasuah terhadapnya dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Other News

High-risk teachers may be included in Phase 1 of vaccination programme

Deputy Education Minister 1 Muslimin Yahaya says discussions are underway with the science, technology and innovation ministry.

Prosiding taksiran ganti rugi saman fitnah Guan Eng 14 April ini

Saman itu difailkan Lim berhubung penerbitan artikel membabitkan dakwaan rasuah terhadapnya dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

The need for a national housing policy

Rental and social housing should be prioritised to prevent large property overhangs.

Aussie PM Morrison gets Covid-19 jab in ‘massive step’ toward normal

Australia ranks in the top 10 of a Covid-19 performance index.

Pengguna kecewa, tiada jawapan: SELangkah Selangor berbeza dengan MySejahtera

Aplikasi itu mendapat kurang daripada 6,000 muat turun di Google Play dan berbeza dengan MySejahtera, soalan pengguna tidak diberikan respons.

Mahkamah Tinggi menetapkan 14 April ini untuk mendengar prosiding taksiran ganti rugi yang akan diperoleh bekas menteri kewangan Lim Guan Eng dalam saman fitnahnya terhadap penulis blog Raja Petra Raja Kamarudin.

Saman itu difailkan Lim berhubung penerbitan artikel membabitkan dakwaan rasuah terhadapnya dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.

Peguam Simon Murali yang mewakili Lim ketika dihubungi pemberita berkata prosiding taksiran ganti rugi di hadapan Hakim Datin Rohani Ismail itu sepatutnya didengar hari ini, namun pihaknya dimaklumkan bahawa prosiding dilapangkan dan tarikh pendengaran baru ditetapkan pada 14 April.

Pada 28 Februari tahun lepas, bekas ketua menteri Pulau Pinang itu memperoleh penghakiman ingkar selepas Raja Petra tidak memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan terhadapnya.

Lim memfailkan saman fitnah pada 6 September 2019 berhubung satu siri artikel “Dari Fail SPRM” yang disiarkan dalam kedua-dua versi bahasa Inggeris dan Melayu oleh portal Malaysia Today milik Raja Petra antara 24 Februari dan 15 Mac 2019.

Artikel yang didakwa berunsur fitnah itu adalah berkaitan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dalam projek infrastruktur berkenaan.

Lim menuntut ganti rugi teladan atas alasan Raja Petra telah mendapat keuntungan daripada jumlah pembaca yang ramai bagi kesemua artikel.

Beliau juga menuntut permohonan maaf di halaman muka depan akhbar dan satu perintah injunksi untuk menghalang blogger itu daripada mengulangi dakwaannya.

Setiausaha agung DAP itu memfailkan permohonan bagi mendapatkan penghakiman ingkar selepas Raja Petra gagal memberikan maklum balas terhadap notis saman yang diiklankan Lim melalui tiga akhbar pada 10 Februari tahun lepas.

Sebelum itu, Lim cuba menyerahkan writ saman dan penyataan tuntutan kepada Raja Petra melalui perkhidmatan peribadi di alamat terakhir penulis blog tersebut yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya namun gagal.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

SPRM tahan 7 individu terlibat rasuah jualan dokumen hasil kerajaan 

Sejumlah 2,500 keping Setem Hasil Kerajaan bernilai RM250 dan RM10 yang keseluruhannya bernilai RM12.5 juta dirampas.

SPRM sahkan RM1.2 juta tunai dirampas semasa pemimpin PKR berkait bekas menteri ditahan

SPRM juga mengesahkan penahanan dua pengarah syarikat, sebuah kereta mewah disita dan sejumlah RM77 juta dalam beberapa akaun bank dibekukan.

Lelaki ditahan ‘rakan keluarga dekat’, bukan pembantu, kata bekas menteri

Xavier cuba elakkan diri dari terlibat dalam siasatan rasuah yang melibatkan bekas kementeriannya.

Pegawai khas bekas menteri Xavier ditahan, RM1.2 juta, kereta mewah dirampas

SPRM turut menahan dua lagi dan membekukan RM77 juta dalam akaun beberapa syarikat dan individu.

Najib akan fail saman fitnah terhadap Tommy Thomas berhubung isu Altantuya

Najib menuntut permohonan maaf dan ganti rugi sebanyak RM10 juta daripada Thomas.