- Iklan -
Berita

Pegawai khas bekas menteri Xavier ditahan, RM1.2 juta, kereta mewah dirampas

SPRM turut menahan dua lagi dan membekukan RM77 juta dalam akaun beberapa syarikat dan individu.

Fazreen Kamal
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas menteri Xavier Jayakumar bersama Timbalan Pengerusi PKR Perak, MA Tinagaran penerima gelaran Datuk dari Istana Kelantan pada 2019.
Bekas menteri Xavier Jayakumar bersama Timbalan Pengerusi PKR Perak, MA Tinagaran penerima gelaran Datuk dari Istana Kelantan pada 2019.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan pemimpin PKR negeri yang pernah menjadi pegawai tugas-tugas khas kepada bekas bekas menteri air, tanah dan sumber asli Xavier Jayakumar, dalam siasatan berhubung rasuah melibatkan jutaan ringgit melibatkan kementerian itu semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

MA Tinagaran yang juga timbalan pengerusi PKR Perak hari ini ditahan bersama-sama dua pengarah syarikat dalam operasi SPRM di Ipoh.

SPRM turut merampas RM1.2 juta daripada sebuah rumah dan pejabat.

Kementerian air, tanah dan sumber asli yang diketuai Xavier kini dinamakan sebagai kementerian tenaga dan sumber asli.

Sementara itu, sumber sama memberitahu MalaysiaNow bank akaun milik individu dan syarikat dengan wang berjumlah RM77 juta dibekukan.

Difahamkan, kereta mewah yang dirampas digunakan Xavier sebagai kereta rasminya semasa menjadi menteri.

Sumber yang mengetahui mengenai siasatan itu memberitahu MalaysiaNow rasuah itu melibatkan penganugerahan projek pasir yang berada di bawah bidang kuasa Xavier.

Xavier yang juga naib presiden PKR dan Tinagaran merupakan antara yang dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada Istana Kelantan pada 2019.