Sunday, July 25, 2021

Nasihat kewangan Jho Low tidak selalu munasabah, kata saksi

Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Other News

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa beberapa nasihat ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak selalunya munasabah dari sudut kewangan.

Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib Razak dalam perbicaraan kesnya membabitkan dana 1MDB.

Muhammad Shafee: Kamu melihat nasihat Jho Low berhubung perkara yang perlu dibangkitkan dan sebagainya. Sebagai CEO berpengalaman dalam bidang korporat, bagaimana kami menilai nasihatnya? Adakah hebat, sederhana, boleh diterima? Secara umum, adakah pelik dan tidak masuk akal?

Mohd Hazem: Secara amnya, nasihatnya ada kaitan dengan perkara yang memerlukan tindakan pantas. Ada yang munasabah dan ada beberapa yang mungkin tidak masuk akal dari sudut kewangan.

Muhammad Shafee: Kamu menyedari bahawa beberapa nasihat boleh diterima dan ada yang tidak sesuai dari sudut kewangan?

Mohd Hazem: “Ya”.

Kepada soalan sama ada nasihat yang diberi melalui e-mel atau mesyuarat, Mohd Hazem berkata nasihatnya melalui Blackberry Messenger atau mesyuarat bersemuka.

“Mesyuarat bersemuka yang dihadiri pegawai kanan diadakan di pangsapuri Jho Low di 3 Kia Peng, di Kuala Lumpur.

“Sebenarnya, Jho Low tidak boleh dilihat memberi nasihat kepada 1MDB, tidak boleh berada di pejabat 1MDB,” kata Mohd Hazem dan menjelaskan bahawa tindakan bermesyuarat di rumah ahli periagaan itu “kerana Jho Low bukan sebahagian 1MDB”.

Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles