- Iklan -
Berita

4,525 dilaporkan sembuh, angka tertinggi setakat ini

2,464 kes baru Covid-19 direkodkan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota tentera yang dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) memasang gelungan kawat duri di salah satu laluan tikus di sekitar kawasan sawah padi di Kampung Padang Baloh, Hulu Besut, semalam. Gambar: Bernama
Anggota tentera yang dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) memasang gelungan kawat duri di salah satu laluan tikus di sekitar kawasan sawah padi di Kampung Padang Baloh, Hulu Besut, semalam. Gambar: Bernama

Sebanyak 2,464 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 264,269, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 4,525 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 213,814 kes.

“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,103 kes diikuti Johor (492), Sarawak (161), Kuala Lumpur (154) dan Sabah (116),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 49,490.

“Daripada jumlah itu 260 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 111 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat tujuh lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 965 orang.

Katanya terdapat 11 lagi kluster baru dikesan membabitkan:

  1. Kluster Jalan Istimewa Cemerlang di Johor (tempat kerja).
  2. Kluster Batu 57 di Johor (tempat kerja).
  3. Kluster Jalan Usaha Satu di Johor (tempat kerja).
  4. Kluster Jalan Tebrau Khas di Johor (tempat kerja).
  5. Kluster Jalan Persiaran Teknologi Kulai  di Johor (tempat kerja).
  6. Kluster Tapak Bina Jalan Setia di Selangor (tempat kerja).
  7. Kluster Jalan Jelatek di Selangor (tempat kerja).
  8. Kluster Jalan Sepuluh di Selangor (tempat kerja).
  9. Kluster Ria Jaya di Kedah (tempat kerja).
  10. Kluster Patikang Ulu di Sabah (komunti).
  11. Kluster Jalan Badak di Perak (keagamaan).