- Iklan -
Berita

3,499 kes baru Covid-19, 3,515 dilaporkan pulih

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 51,558.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota polis dan tentera melakukan tinjauan serta pemantauan keselamatan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) upacara keagamaan di Tokong Huat Choo Kung sempena sambutan Tahun Baharu Cina semalam. Gambar: Bernama

Sebanyak 3,499 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 261,805, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 3,515 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 209,289 kes.

“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,345 kes diikuti Johor (802), Kuala Lumpur (511), Sarawak (152) dan Pulau Pinang (138),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 51,558.

“Daripada jumlah itu 263 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 118 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat lima lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 958 orang.