- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 turun di bawah angka 3,000

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 50,841.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dua orang petugas barisan hadapan berehat sebentar ketika melakukan saringan Covid-19 secara pandu lalu di Wisma Belia, Kuantan. Gambar: Bernama
Dua orang petugas barisan hadapan berehat sebentar ketika melakukan saringan Covid-19 secara pandu lalu di Wisma Belia, Kuantan. Gambar: Bernama

Sebanyak 2,764 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 248,316, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 3,887 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 196,566 kes.

“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 862 kes diikuti Johor (521), Kuala Lumpur (422), Melaka (203) dan Sabah (180),” katanya pada sidang media hariannya.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 50,841.

“Daripada jumlah itu 289 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 127 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 13 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 909 orang.