Saturday, May 8, 2021

Tiada bayaran untuk mohon Bantuan Prihatin Rakyat, kata LHDN

Permohonan BPR adalah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pemohon.

Other News

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjelaskan tiada bayaran dikenakan untuk permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan tidak pernah melantik pihak ketiga untuk berbuat demikian.

LHDN dalam satu kenyataan hari ini berkata, permohonan BPR adalah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pemohon.

“Setiap permohonan yang dihantar secara dalam talian akan dinilai dan mengikut prosedur yang ditetapkan,” kata kenyataan itu.

LHDN berkata, terdapat aduan diterima mengenai caj dikenakan oleh pihak ketiga bagi mengisi borang permohonan BPR.

Menurut LHDN, sebarang pertanyaan mengenai isu ini boleh dikemukakan di talian 1-800-88-2747 atau ke laman sesawang maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles