Friday, February 26, 2021

Muhyiddin lawat Indonesia esok

Lawatan rasmi ke Indonesia selama dua hari bermula esok itu bagi memenuhi undangan Presiden Indonesia Joko Widodo.

Other News

Non-Muslim wedding ceremonies allowed in areas under MCO, CMCO and RMCO

However, they are still prohibited in places under EMCO.

Guan Eng wins bid to reinstate award of damages for defamation by Perkasa

A three-man bench also awards the former Penang chief minister RM50,000 in costs.

Khairy bakal bertanding di Putrajaya, era Ku Nan akan berakhir?

Ini selepas Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mahu bertanding di kerusi Khairy di Rembau, Negeri Sembilan.

End to Ku Nan’s era as Khairy tipped to contest in Putrajaya?

This comes as Umno number two Mohamad Hasan eyes a parliamentary debut through the Rembau federal seat in Negeri Sembilan.

US doctors report normally deadly flu has ‘vanished’ this winter

Covid-19 may have muscled flu right out of the picture this year.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia selama dua hari bermula esok, bagi memenuhi undangan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi).

Perdana Menteri dan isteri, Noorainee Abdul Rahman dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta pada pukul 5.00 petang waktu Indonesia barat.

Duta Besar Malaysia di Indonesia Zainal Abidin Bakar berkata ia merupakan lawatan pertama Muhyiddin sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-8 pada 1 Mac 2020.

“Terdapat beberapa perkara yang menyentuh kepentingan kedua-dua negara yang memerlukan perbincangan di peringkat tertinggi secara bersemuka dan secara hati ke hati,” katanya dalam sidang media di Kedutaan Besar Malaysia, di sini, hari ini.

Pada Jumaat, perdana menteri akan diberikan sambutan negara di Istana Merdeka di sini, dan kemudiannya kedua-dua pemimpin akan mengadakan perbincangan empat mata sebelum membuat penyataan akhbar bersama.

“Antara isu yang dijangka dibincangkan adalah berhubung dengan isu diskriminasi minyak sawit, masalah jerebu, potensi usahasama pelaburan dan perdagangan, pelaksanaan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL), dan usaha kerjasama dalam menangani Covid-19,” katanya.

Zainal Abidin berkata program lawatan perdana menteri itu akan diadakan dalam suasana protokol kesihatan yang ketat termasuk menjalani saringan sebelum berlepas, selepas ketibaan, serta pelaksanaan kuarantin bagi delegasi sebaik pulang ke Malaysia pada petang Jumaat.

“Menyedari kepentingan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia dan cabaran pandemik Covid-19, perdana menteri sendiri telah meminta agar lawatan ini diadakan secara singkat dan dalam delegasi yang kecil.

“Pihak Indonesia juga menghormati permintaan ini, pada mulanya sambutan negara dirancang diadakan di Istana Bogor tetapi kemudiannya ditukar ke Istana Merdeka di Jakarta kerana pihak Indonesia memahami situasi dan kepentingan logistik semasa pandemik,” katanya.

Indonesia adalah rakan dagang ke-9 terbesar Malaysia di peringkat global dan yang ke-3 terbesar dalam kalangan negara-negara Asean.

“Pada tahun 2020, jumlah perdagangan dua hala yang direkodkan adalah sebanyak RM66.17 billion (AS$15.7billion), manakala jumlah pelaburan Malaysia di Indonesia adalah yang kedua terbesar di Indonesia iaitu sebanyak AS$1,045.3 juta,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pemimpin dunia turut mengadakan lawatan ke Indonesia dan bertemu Jokowi semasa pandemik Covid, antaranya Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga pada Oktober 2020, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo pada (Oktober 2020) dan Menteri Luar China Wang Yi (13 Jan 2021).

Sementara itu, Menteri Luar Malaysia, Hishammuddin Tun Hussein juga dijadualkan tiba esok pagi, dan akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Art Harun terkejut dengan sikap rakan-rakan selepas dilantik speaker

Bekas peguam itu menceritakan hal peribadinya termasuk bagaimana proses pelantikannya sebagai speaker Dewan Rakyat dijadikan isu peribadi.

See the good from Sheraton Move, PH supporters told

Political scientist Wong Chin Huat says even an event like the Sheraton Move, which saw the collapse of the PH government, may have 'positive unintended consequences'.

Muhyiddin, Noor Hisham among first to receive Covid-19 jab

This marks the launch of the National Covid-19 Immunisation Programme, under which about 80% of the population has been targeted with the goal of achieving herd immunity.

Muhyiddin to receive first Pfizer jab today

Also scheduled to receive the vaccine today are health director-general Dr Noor Hisham Abdullah and four other staff from the health ministry.

Muhyiddin ucap selamat maju jaya kepada calon SPM

Seramai 401,105 pelajar seluruh negara akan menduduki SPM 2020 dalam suasana pembudayaan norma baru.